Wednesday, 16 October 2013

PENGENALAN

PENGENALAN

Kompleks warga emas ini dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary di atas sebahagian tanah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seluas 8 ekar untuk perlindungan dan penjagaan warga emas Islam. Antara prasarana yang disediakan adalah bangunan asrama, perpustakaan, cafeteria, surau, wad, dewan serbaguna dan tempat riadah. Kompleks ini boleh menampung jumlah maksima warga emas  seramai 200 orang (lelaki dan wanita) dan mula beroperasi pada 1 Februari 2010.



OBJEKTIF
  • Menguruskan penjagaan dan perlindungan terbaik kepada warga emas Islam yang memerlukan.
  • Mewujudkan pengurusan warga emas Islam berteraskan agama Islam secara cekap dan berkualiti.
  • Meningkatkan kefahaman dan penghayatan agama Islam kepada warga emas berdasarkan konsep pendidikan sepanjang hayat.
  • Membangun kompleks warga emas Islam sebagai suatu pusat pembangunan warga emas Islam contoh di Pulau Pinang.




SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
  • Warga emas Islam berumur 55  dan ke atas.
  • Terdiri daripada warga emas yang tiada waris atau;
  • Waris yang tidak berkemampuan.
  • Warga emas yang berkeupayaan mengurus diri.
  • Tiada penempatan atau perlindungan.
  • Warga emas yang tersisih dari ahli keluarga.
  • Kes yang dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Kes yang dirujuk kepada pihak hospital di Negeri Pulau Pinang melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan.



PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
  • Jagaan 24 jam oleh kakitangan bertugas.
  • Jagaan Harian (Di kenakan bayaran).
  • Bimbingan dan kaunseling.
  • Bimbingan agama / kemudahan beribadat.
  • Rekreasi.
  • Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan.
  • Perkhidmatan Fisioterapi.


      Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami:
   
      PUAN SITI SARAH BINTI YAHAYA   : 019-  4112884
      PUAN NUR ASWANI BINTI AZIZ       : 019 - 4119614
      EN. MOHD NASSIR SULAIMAN          : 019 - 4117807
  EN. MOHD RIDZUAN HASHIM           :  013 -5121517



   Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan berupa barangan atau makanan bolehlah dihantar terus ke Kompleks Darul Hanan atau terus menghubungi pejabat di talian
      04- 575 2884.


UNTUK SUMBANGAN BERBENTUK CEK DI ATAS NAMA:
DARUL HANAN PULAU PINANG
           BANK MUAMALAT      : 0704 -0000555- 71-8
MAYBANK ISLAMIC : 557447203705

No comments:

Post a Comment